e lab

e lab

Kerjasama Excelmind Works dan TopScore.my

 MENGENAI TOPSCORE.MY?

PROGRAM LATIHTUBI PALING EFEKTIF UNTUK PELAJAR TAHUN 4 , 5 & 6. 
  • Bahasa Malaysia
  • English
  • Matematik
  • Sains
TopScore.my adalah alat pembelajaran interaktif masakini yang kompetitif. Lebih 10,000 soalan disediakan untuk para pelajar dan ianya mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
Ibubapa akan menerima kad laporan anak-anak menerusi email setiap minggu untuk memantau prestasi pencapaian akedemik
 
  • Peperiksaan Klon UPSR Online
  • Peperiksaan Bulanan
  • Ujian Mingguan
  • Latihan Harian
  • Format UPSR terkini
  • Latihan Topikal
  • Kad Laporan Pelajar
  • Laporan untuk Ibubapa
Ujian-ujian model dan latihan dilakukan secara dalam talian di TopScore.my. Laporan analisa boleh dilihat di Papan Muka Pelajar untuk menilai prestasi pelajar.
 
Semoga Berjaya...!!!

Dato' Idrus peneraju tuisyen pintar pertama di Malaysia

Bermula sebagai individu yang langsung tidak pernah mengenali komputer dan teknologi maklumat (IT), Idrus kini boleh berbangga kerana menjadi salah seorang peneraju dalam bidang ilmu tersebut.

SEBAIK saja membuka surat yang dihantar oleh posmen sebentar tadi, wajahnya pucat dan kaget. Fikirannya sedikit bercelaru. Isi kandungan surat itu menyatakan bahawa dia terpaksa berhadapan dengan perkara yang tidak pernah dilakukan sehingga usianya mencecah 18 tahun.
"Terkejut dan tidak tahu nak buat apa. Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan menyatakan saya bakal menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat (AS) dalam bidang Sains Komputer. Sejak kecil saya tidak pernah kenal, apatah lagi menyentuh komputer. Jadi mana mungkin saya boleh mendalami bidang itu dengan baik.
"Pada asalnya cita-cita saya ingin menjadi doktor. Namun kerana takutkan serangga akhirnya saya memohon bidang akaun. Kerana terlalu minat pada bidang perniagaan, jadi saya fikir jurusan akaun adalah pilihan yang tepat," ujar Idrus. Dia pada awalnya bingung kerana perlu mendalami bidang sains komputer yang cukup asing buat dirinya.
Mahu ditolak terasa sayang, tetapi khuatir pula untuk menerimanya. Bidang itu mungkin tidak menjamin masa depan yang cerah, memandangkan bidang Sains Komputer belum popular dan menawarkan banyak kerja di Malaysia.
Keresahannya semakin memuncak saat melangkahkan kaki ke Universiti Evansville, Indiana, AS pada tahun 1983. Gedung ilmu itu memerlukan ketahanan mental dan fizikal supaya dia dapat menguasai dunia komputer dengan cepat, setaraf dengan pelajar AS yang sedikit sebanyak sudah mengenali 'personaliti' komputer.
Keputusan peperiksaan semester pertama cukup menyedihkan. Ini kerana terlalu banyak ilmu yang perlu dipelajari dalam masa yang singkat. Dari segi menggali erti teknologi maklumat (IT) dan belajar mengendalikan komputer. Cabaran yang dihadapi cukup hebat dan lebih mendukacitakan saya ketika itu masih terkial-kial belajar menaip. 
"Bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan kekuatan, semangat juang yang tinggi, cepat belajar dan pemikiran yang analitikal," tutur Idrus ketika ditemui Kosmo!, baru-baru ini. Dia juga mengakui sudah mahir menaip dan memahami selok-belok komputer ketika pengajiannya menginjak ke semester dua.
Lebih mengujakan apabila selangkah demi selangkah dia berjaya menguasai ilmu IT yang sememangnya menjadi gerbang kepada jutaan informasi berguna.
Itulah antara cebisan kisah Datuk Idrus Mohd. Satha, 44, individu yang bertanggungjawab membuka pusat latihan dan Pendidikan Teknologi Maklumat Cosmopoint sekitar tahun 1991.
Berkat kesungguhan dalam menjana sistem pendidikan teknologi maklumat, selain berjaya melahirkan graduan terbaik, akhirnya pada September 2006, pusat latihan itu dianugerahkan status kolej universiti yang kini dikenali sebagai Kolej Universiti Antarabangsa Cosmopoint (CICT).
Cosmopoint yang pada mulanya berpangkalan di Jalan Silang, Kuala Lumpur pada tahun 1991, kini sudah berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa. Lokasi terbaru Cosmopoint yang berdiri gah di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, membuktikan mereka cukup bersedia memberikan pendidikan dan memacu para pelajar untuk bergelar graduan terbai
Menganalisis kontrak 
Lebih membanggakan CICT yang sudah mempunyai 13 buah cawangan di seluruh negara, muncul pula dengan produk terbaru, Universiti Kolej Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU). Ia terletak di ibu kota dan bakal menjadi pusat latihan dan pendidikan swasta terbesar di Malaysia.
Menyelak dunia IT di AS, Idrus memberitahu ia satu pengalaman yang sukar diterjemah dengan kata-kata. Mengakui rupa-rupanya dunia sains komputer bukan sekadar menghidangkan ilmu IT. Malah pada masa yang sama memberi peluang kepada penuntut untuk mempelajari rangkaian IT, komputer, perisian komputer, hal ehwal perniagaan dan pemasaran.
Ini bermakna impian Idrus untuk bergelar usahawan bakal terlaksana kerana jurusan yang dipelajarinya turut merangkumi bidang perniagaan. Hari demi hari minatnya pada bidang IT kian bertambah. Kebolehannya menganalisis sistem telah memberinya peluang berkhidmat dengan seorang ahli perniagaan rakyat AS di sana.
Setiap hari tepat pukul 9 malam selepas pulang dari kerja di sebuah restoran Cina, Idrus bergegas ke rumah ahli perniagaan tersebut. Tugasnya menganalisis setiap kontrak yang diterima oleh usahawan tersebut dan mengendalikan hal berkaitan program IT.
Walaupun menerima wang biasiswa, Idrus enggan bergantung sepenuhnya pada wang itu. Sebaliknya, dia sanggup memerah keringat dengan melakukan bermacam-macam kerja sambilan seperti penghantar piza dan menawarkan khidmat menaip kertas kerja dan nota kepada pelajar-pelajar kolej. Setiap helai kertas dicaj RM1.50.

Berfikiran analitikal 
Lebih menarik lagi pada setiap hujung minggu bapa kepada dua orang cahaya mata, Nadeem Shah, 9 dan Fardeen Shah, 5, itu sanggup memandu selama enam jam ke Chicago dari Indiana. Tujuannya untuk mendapatkan bekalan daging dan ayam halal untuk dijual kepada penduduk Islam di kawasan rumahnya.
Kegigihan dan ketekunannya belajar sambil bekerja akhirnya membuahkan hasil yang cukup lumayan. Pada tahun 1987, Idrus berjaya menggenggam segulung ijazah yang selama ini diusahakan.
Tempoh empat tahun bergelumang dengan IT, membuatkan Idrus melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana Sistem Informasi sehingga tahun 1989.
"IT mengajar saya supaya berfikiran analitikal. Sebab itulah sebaik sahaja pulang dari AS, saya diterima bekerja sebagai penganalisis sistem di sebuah syarikat minyak dan gas milik AS.
"Pada waktu itu, kebanyakan syarikat AS hanya mengupah graduan kelulusan universiti AS saja. Biarpun memperoleh gaji lumayan hati lebih cenderung kepada bidang pendidikan IT.
"Saya ingin mendidik orang ramai mengenai IT kerana menerusinya (IT) segala-galanya dapat diatasi dan dilakukan. Lebih-lebih lagi, dunia pada waktu itu sedang menuju ke arah kecanggihan teknologi dan moden. 
"Akhirnya, impian itu dapat direalisasikan apabila kolej swasta yang adik saya belajar memerlukan tenaga pengajar dalam bidang berkenaan. Jadi saya bekerja sebagai pensyarah IT separuh masa," terang Idrus yang ingin terus kekal dalam bidang IT sejak menjawat jawatan sebagai pensyarah.
Seronok mengajar
Impiannya sekali lagi menjadi kenyataan apabila seorang rakannya setuju melabur dan bekerjasama untuk membeli pusat latihan komputer (kini Cosmopoint) di Jalan Silang, Kuala Lumpur yang dijual pada harga RM20,000.
"Sebelah pagi saya bertugas sebagai penganalisis sistem. Manakala sebelah malam pula mengajar di pusat latihan yang dihadiri oleh 10 pelajar sahaja. Pada siang harinya, operasi pusat latihan diuruskan oleh tiga orang kakitangan.
"Keseronokan mengajar semakin bertambah apabila bilangan pelajar menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Tanpa disangka pada tahun berikutnya kami menerima ramai pelajar sehingga terpaksa mencari bangunan yang lebih besar.
"Pahit getir menguruskan perniagaan semakin terasa apabila rakan kongsi saya menarik diri," luah Idrus yang terus yakin dan berusaha memantapkan Cosmopoint.

Ternyata usaha dan kebijaksanaannya menguruskan perniagaan berjaya membuatkan CICT kini menjadi tumpuan anak-anak muda dalam bidang IT.

Masa untuk ubah strategi dalam pendidikan


Malaysia belanja besar untuk pendidikan, tapi kualiti masih rendah, kata Ku Li

Walaupun berbelanja besar bagi sektor pendidikan, Malaysia menghasilkan pelajar kurang bermutu jika dibandingkan pencapaian pelajar negara yang setaraf dengannya dari segi pendapatan dan kuasa beli, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perbelanjaan per kapita Malaysia dalam sektor pendidikan begitu tinggi, lebih dari negara jiran dalam Asean, malah lebih banyak dari Korea Selatan dan Jepun.
"Mutu pencapaian negara kita mengikut ujian Program Pencapaian Pelajar Antarabangsa (Pisa), satu ukuran antarabangsa, pada puratanya lebih rendah dari apa yang kita harapkan dalam menuju kepada ekonomi yang berasaskan ilmu.
Keputusan ini menunjukkan pelajar kita yang berumur 15 tahun menampakkan mereka ini berkedudukan 3 tahun lebih ke belakang jika dibandingkan dengan mereka pada umur sama daripada Singapura, Korea Selatan, China, Jepun dan termasuk daripada Vietnam yang dahulunya di belakang kita," kata bekas menteri kewangan itu yang lebih dikenali sebagai Ku Li.  

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah Kolej Yayasan Saad di Melaka hari ini.
Katanya, sistem pendidikan Malaysia, sama ada di peringkat rendah, menengah atau tinggi, bergantung kuat kepada sistem berasaskan peperiksaan, bukan berasaskan pembelajaran, “discovery” dan pemikiran kritikal.
"Sebagai perbandingan, dalam ujian TIMMS (Trends in International Mathematics and Science Study) bagi pencapaian matematik, Malaysia jatuh dari 520 dalam tahun 1999 kepada 440 bagi tahun 2011.
"Dan dalam TIMMS bidang sains, kedudukan kita menurun dari 510 dalam tahun 2003 kepada 426 tahun 2011 – menurun, bukan naik!" katanya.
Putrajaya memperuntukkan sejumlah lebih RM56.7 bilion bagi perbelanjaan pendidikan dalam Bajet 2015, jumlah terbesar antara semua bidang belanjawan lain. Dari jumlah itu, 21% untuk pengajian tinggi.
"Sangat nyatalah dari statistik yang diajukan ini, kerajaan Malaysia memang memberi tekanan kuat terhadap perbelanjaan pendidikan.
"Malangnya, perbelanjaan pendidikan yang tinggi ini dibandingkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tidak berbaloi, sekurang-kurangnya tidak memberi pulangan terhadap kualiti atau peningkatan penghasilan mutu dalam pendidikan," kata Ku Li.
Beliau berkata, dari segi perbelanjaan per kapita, Malaysia membelanja empat kali ganda bagi pendidikan tinggi berbanding pendidikan rendah dan menengah.
Manakala, dari segi pulangan kepada pelaburan, ratio atau dividen pendidikan, kerajaan katanya, harus memberi tekanan lebih kepada pendidikan rendah dan menengah, terutamanya yang boleh meningkatkan kemahiran.
"Dengan cara demikian, kedudukan ekonomi negara akan lebih baik jika taraf pendidikan kalangan tenaga kerja negara bertambah tinggi.
"Inilah satu-satunya cara menaikkan negara ke taraf ekonomi bergaji tinggi, melalui peningkatan produktiviti. Bukan semata-mata mengejar ekonomi berpendapatan tinggi bagi mencapai status negara maju," katanya.
Ku Li turut berkata, hal ini kerana lebih 85% penduduk Malaysia merupakan golongan pekerja yang makan gaji, bukan pemilik harta atau bekerja sendiri.
Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia, tahap produktiviti pekerja negara ini jauh lebih rendah daripada negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.
"Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun.
"Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485.
"Ini bermakna, pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah," katanya.
Malah, beliau turut berkata, 80% dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ku Li turut menyuarakan kebimbangannya berkenaan kedudukan mutu penghasilan pelajaran negara kita.
"Memandangkan hal ini pada keseluruhannya, tidak hairanlah kerajaan kita perlu menumpukan perhatian yang lebih kritikal dalam hal belanjawan dan kesannya ke atas pencapaian dan mutu pendidikan di negara kita ini.
"Usaha ini terdapat dalam bentuk Blueprint Transformasi Pendidikan yang dilancarkan kerajaan awal tahun ini. Saya berdoa semoga usaha ini berjaya mencapai sasaran demi kepentingan ekonomi dan generasi akan datang," katanya.
Beliau menambah, Putrajaya juga perlu mengkhusus bukan saja kepada prasarana yang baik, tetapi juga kepada keberkesanan kurikulum dan proses pengajaran serta pembelajaran, dan kualiti guru yang mengajar.
Katanya, proses pembelajaran sangat penting bagi seseorang pelajar kerana ianya mempengaruhi bagaimana mereka boleh mencapai kemajuan, sambil menambah, pembelajaran “rote learning” tidak membantu.
"Kita hantar anak-anak kita belajar, tidak ada lain sebab, (tetapi) supaya dia akan disediakan dengan ilmu dan kepandaian untuk berjaya apabila lulus persekolahan atau universiti.
"Tetapi, pembelajaran 'rote learning' atau membabi buta sahaja tidak akan membolehkan pelajar meningkatkan daya fikir dan daya penyelesaian masalah yang amat penting bagi dunia kerjaya kelak, dan bagi menjadikan pelajar itu warga yang berfikir, berdisiplin dan bertanggungjawab," katanya.
Beliau juga mengingatkan guru dan ibubapa agar tidak terlalu mengagungkan pencapaian 'semua A' dalam peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. – 15 November, 2014.

Start Now!

Discovery Learning Port is an individualized online platform and curriculum for SPM students
We offer 9 standard subjects: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematics, General Science, Sejarah including Additional Maths, Physics, Biology and Chemistry. 
View: 
  • New Module each Month
  • Over 1,000 Lessons
  • Listening and Spelling Program
  • Quizzes and Tests
  • Grading and Reporting
  • Classic Literature for BM ENGLISH
  • Fun and Easy-to-Use
Join over 2.5 million homeschoolers all over the world.
“I have loved it!”- Aiman Zafri, Sekolah Menengah Taman Melawati
Thanks for providing such a great service! – Puan Liza Hanim, Aiman's mother.

National schools ‘far behind’ vernacular ones, says Umno rep


KUALA LUMPUR, Nov 27 — A Malacca Umno delegate urged Putrajaya today to allocate more funds for national schools, claiming that such schools are far behind their vernacular counterparts.
Mustafa Musa also called for Chinese and Tamil language subjects to be made mandatory in national schools in a bid to move towards single-stream education before closing other schools, in an apparent reference to Chinese and Tamil vernacular education.
“Then there’s no reason to say that national schools are weak. So, we strengthen our schools first before we close people’s schools,” said Mustafa at the Umno annual general assembly.
Unlike national schools, vernacular schools do not receive full federal funding.
Instead, they are partially-funded and must depend on other sources of revenue — usually private donations — to finance their operations.
Controversy over vernacular schools erupted earlier this year when Petaling Jaya Utara Umno deputy division chief Mohamad Azli Mohamed proposed to discuss abolishing Chinese-medium schools at the party’s general assembly, claiming the schools to be hotbeds for racism and anti-establishment sentiments.
However, Prime Minister and Umno president Datuk Seri Najib Razak announced during his 2015 Budget speech that Chinese and Tamil vernacular schools have been allocated RM50 billion each, a move that is seen to ensure that the schools are here to stay.
On October 12, Najib also told MCA members at its 61st AGM that his government will continue to uphold the right to mother tongue education, saying that Chinese vernacular schools or SJK (C) are “already enshrined in the Constitution and the law” and are part of the National Education Blueprint 2013-2025.
Malacca delegate Mustafa also called on the government today to increase allocations for Umno states.
“When I campaigned in the 13th general election, I saw that houses with Umno and Barisan Nasional (BN) flags were old houses and the cars with Umno flags were Malaysian cars. The Mercedes cars and bungalows wave no flags. In fact, they don’t even want to open the door,” he said.

Seminar "Ready For Success SPM 2013"

SEMINAR "READY FOR SUCCESS SPM 2013" gives students the necessary tools to thrive academically as well as grow as a person. We provide a platform to shape young minds about the benefits they can bring to society.

This is to ensure a sustainable tomorrow for future generations. In ExcelmindWorks, we encourage our students to think clearly, to analyse complex problems, express themselves and relate to human beings. 

Education should be rigorous, broad based and flexible. Passion is the most crucial element in ensuring success during studies and thereafter. With our services and expertise, we aim to improve the results as well as increase productivity at school and at home. 

We ensure that our students enjoy a great learning experience here in ExcelmindWorks. Opportunity is everywhere. You just need to know where to look.

For more information, please e-mail us your name, ic number and contact number at excelmindworks@gmail.com

Thank you.




"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" Hamba Allah. 

Tahniah kepada pelajar-pelajar ExcelmindWorks yang menyertai Bengkel Genius Matematik bersama PAKAR MATEMATIK Adi Putra di Taman Berlian Gombak. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan sepenuhnya.