e lab

e lab

"New Year New Life"

Assalamualaikum and very good day to all our distinguish students and parents. 

What is your new resolution? Have you ever start to write it down on a piece of paper? 

"New Year New Life"...moving from one level to another higher level, change to a better person, work in progress, turn your shoulds into musts; These are one of the many examples of peoples' new resolution every year. 

The question is, Why some people don't make new resolution? It's because they have made them years and years and they are not follow through them. They know that they are not going to follow through and after a while who wants to dissapoint themselves, who wants to be upset with themselves? Why even bother to set a new standard this coming year and yet, they know it's gonna be the same as last year? 

Your resolution that you have made must be excite you. It has to be compelling resolution and it has something to Pull you, Not something that has to Push yourself to do. PUSH requires Willpower and willpower never lasts. What will lasts is PULL, having something so Exciting, so Attractive, so something you Desire so much that you have a hard time to go to sleep at night and the next day you wake up so energetically and ready to go to the next level.

The Secret to Real Happiness is Progress (Progress = Happiness). 'I am working on Changing". Keep on Control it. If you want to take an island, first you must Burn your boat. You have no turning point. You are going to find a way to make things work and Own the Island. 

Ask yourself; What do you enjoy doing most? What have you done in an hour that seems like 5 minutes? What have you done that makes you say 'No' to your friend's party because you'd rather do what fulfills you? Remember this; People don't fail achieving their goals, they give up before achieving them. 

Always think BIG. Be bigger than you feel like being. Don't just dare to dream, dream a BIG Dream knowing it is not going to be a perfect or easy up front! Make a firm internal commitment first and everything you can imagine can happen...BUT someone else is not going to do the work for you! 

Contribute...If you help one person to change his lives for the better then, Well Done. I would like to say to all out there if each one of us do the same, this World would be a far better and happy place to be. Being true to values and aligning your life with those values can bring about huge results very quickly. 

Finally, always remember to Celebrate your every single moment and every single achievement and pay it Forward! You are Amazing! Love yourself! 

Happy New Year 2013 and Live Life to the Fullest 

Love, 
Mohd Idzuan Alias 
ExcelMind Works

Kata-Kata Aluan daripada Pengarah Urusan ExcelMind Works

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang saya hormati. 

Pertamanya saya ingin melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah saya dan pihak kami berkongsi pengalaman mengenai kejayaan pelajar-pelajar kami di Excelmind Works. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Pengurusan Excelmind Works, guru-guru, dan semua pihak yang terlibat dalam mempastikan impian murid-murid kami menjadi kenyataan. 

Excelmind Works dimiliki oleh Excel Niaga yang dahulunya dikenali sebagai Excel Learning. Kami telah berkhidmat membantu pelajar – pelajar sejak dari tahun 2000. Alhamdullilah ramai para pelajar kami berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dari tahun ke tahun. Cuba kita renung sejenak, waktu bergerak dengan sangat pantas. Sesuatu perkara yang perlu dihayati dan difahami dalam menguruskan sesuatu organisasi terutamanya yang berkaitan dengan hal ehwal pendidikan bukanlah satu perkara yang mudah. 

Setiap kakitangan Excelmind Works amat bertanggungjawab dan berdisiplin untuk mempastikan anak-anak didik kami berjaya dengan cemerlang dalam apa jua matapelajaran mereka, tidak kira bangsa dan agama. Setiap guru kami adalah guru-guru yang berpengalaman dan komited kerana kepentingan pelajar adalah amanah kami. Kurangnya motivasi merupakan salah satu punca kepada kemerosotan prestasi pelajar kita seterusnya menyumbang kepada kekurangan tenaga mahir dalam negara. Oleh yang demikian, pihak Excelmind Works telah menggunakan pendekatan tersendiri bagi meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran dan sekali gus dapat meningkatkan prestasi mereka di sekolah. 

Pertalian yang erat antara semua pelajar dan guru dapat dilaksanakan dengan mudah. Ini kerana guru adalah mentor kepada mereka. Kaedah ini amat sesuai kerana murid-murid kami diajar menggunakan kaedah “one-to-one coaching” dan semua guru kami adalah guru-guru berpengalaman dan terbukti melahirkan prestasi pelajar yang cemerlang. Oleh yang demikian, murid-murid kami amat selesa dengan guru-guru yang mengajar mereka. 

Saya dimaklumkan bahawa ramai dikalangan pelajar kami telah menerima anugerah cemerlang di sekolah mereka. Oleh yang demikian, saya amat berbangga kerana kejayaan yang mereka capai adalah kejayaan kami sebagai MENTOR mereka. Excelmind Works juga ada menganjurkan kursus, bengkel serta seminar yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi pelajaran murid-murid kami. 

Di samping itu, kami juga sering mengadakan program komuniti dalam membantu para pelajar yang memerlukan perhatian dalam pelajaran mereka. Misalnya, kami telah membantu para pelajar di Rumah Anak-Anak Yatim Gurpuri (anak-anak yatim berketurunan Sikh) dan para pelajar dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha di Taman Gombak Permai dengan memberi tuisyen PERCUMA secara berkumpulan di premis mereka. Program ini sebagai tanda sumbangan kami terhadap golongan ini yang sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan. Ini juga mencerminkan kesungguhan kami dalam memastikan golongan seperti mereka juga tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang semakin mencabar. 

Tanpa jasa dan dedikasi kakitangan serta guru-guru kami, semua ini tidak mungkin dapat dilaksanakan. Akhir kata, saya yakin bahawa guru-guru dan juga pelajar-pelajar sendiri telah berusaha keras untuk mencapai kejayaan cemerlang di samping perubahan sikap untuk persediaan menjejakkan kaki ke menara gading kelak. Jika semua pihak meneruskan sikap ini, Insyallah kejayaan pasti milik kita. 

"KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI"

"THANK YOU FOR HELPING STUDENTS SUCCEED"


Pengarah Urusan, 

MOHD IDZUAN ALIAS 
EXCELMIND WORKS 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian.

Cikgu Afifa Daud - 016-2985353 
Cikgu Amila Daud- 017-3511355 
( dari jam 10 pagi hingga jam 7 petang )



Program Komuniti ExcelMind Works bersama Rumah Anak-Anak Yatim Gurpuri di Hulu Kelang (anak-anak yatim berketurunan Sikh) dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha di Taman Gombak Permai.