e lab

e lab

"New Year New Life"

Assalamualaikum and very good day to all our distinguish students and parents. 

What is your new resolution? Have you ever start to write it down on a piece of paper? 

"New Year New Life"...moving from one level to another higher level, change to a better person, work in progress, turn your shoulds into musts; These are one of the many examples of peoples' new resolution every year. 

The question is, Why some people don't make new resolution? It's because they have made them years and years and they are not follow through them. They know that they are not going to follow through and after a while who wants to dissapoint themselves, who wants to be upset with themselves? Why even bother to set a new standard this coming year and yet, they know it's gonna be the same as last year? 

Your resolution that you have made must be excite you. It has to be compelling resolution and it has something to Pull you, Not something that has to Push yourself to do. PUSH requires Willpower and willpower never lasts. What will lasts is PULL, having something so Exciting, so Attractive, so something you Desire so much that you have a hard time to go to sleep at night and the next day you wake up so energetically and ready to go to the next level.

The Secret to Real Happiness is Progress (Progress = Happiness). 'I am working on Changing". Keep on Control it. If you want to take an island, first you must Burn your boat. You have no turning point. You are going to find a way to make things work and Own the Island. 

Ask yourself; What do you enjoy doing most? What have you done in an hour that seems like 5 minutes? What have you done that makes you say 'No' to your friend's party because you'd rather do what fulfills you? Remember this; People don't fail achieving their goals, they give up before achieving them. 

Always think BIG. Be bigger than you feel like being. Don't just dare to dream, dream a BIG Dream knowing it is not going to be a perfect or easy up front! Make a firm internal commitment first and everything you can imagine can happen...BUT someone else is not going to do the work for you! 

Contribute...If you help one person to change his lives for the better then, Well Done. I would like to say to all out there if each one of us do the same, this World would be a far better and happy place to be. Being true to values and aligning your life with those values can bring about huge results very quickly. 

Finally, always remember to Celebrate your every single moment and every single achievement and pay it Forward! You are Amazing! Love yourself! 

Happy New Year 2013 and Live Life to the Fullest 

Love, 
Mohd Idzuan Alias 
ExcelMind Works

Kata-Kata Aluan daripada Pengarah Urusan ExcelMind Works

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang saya hormati. 

Pertamanya saya ingin melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah saya dan pihak kami berkongsi pengalaman mengenai kejayaan pelajar-pelajar kami di Excelmind Works. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Pengurusan Excelmind Works, guru-guru, dan semua pihak yang terlibat dalam mempastikan impian murid-murid kami menjadi kenyataan. 

Excelmind Works dimiliki oleh Excel Niaga yang dahulunya dikenali sebagai Excel Learning. Kami telah berkhidmat membantu pelajar – pelajar sejak dari tahun 2000. Alhamdullilah ramai para pelajar kami berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dari tahun ke tahun. Cuba kita renung sejenak, waktu bergerak dengan sangat pantas. Sesuatu perkara yang perlu dihayati dan difahami dalam menguruskan sesuatu organisasi terutamanya yang berkaitan dengan hal ehwal pendidikan bukanlah satu perkara yang mudah. 

Setiap kakitangan Excelmind Works amat bertanggungjawab dan berdisiplin untuk mempastikan anak-anak didik kami berjaya dengan cemerlang dalam apa jua matapelajaran mereka, tidak kira bangsa dan agama. Setiap guru kami adalah guru-guru yang berpengalaman dan komited kerana kepentingan pelajar adalah amanah kami. Kurangnya motivasi merupakan salah satu punca kepada kemerosotan prestasi pelajar kita seterusnya menyumbang kepada kekurangan tenaga mahir dalam negara. Oleh yang demikian, pihak Excelmind Works telah menggunakan pendekatan tersendiri bagi meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran dan sekali gus dapat meningkatkan prestasi mereka di sekolah. 

Pertalian yang erat antara semua pelajar dan guru dapat dilaksanakan dengan mudah. Ini kerana guru adalah mentor kepada mereka. Kaedah ini amat sesuai kerana murid-murid kami diajar menggunakan kaedah “one-to-one coaching” dan semua guru kami adalah guru-guru berpengalaman dan terbukti melahirkan prestasi pelajar yang cemerlang. Oleh yang demikian, murid-murid kami amat selesa dengan guru-guru yang mengajar mereka. 

Saya dimaklumkan bahawa ramai dikalangan pelajar kami telah menerima anugerah cemerlang di sekolah mereka. Oleh yang demikian, saya amat berbangga kerana kejayaan yang mereka capai adalah kejayaan kami sebagai MENTOR mereka. Excelmind Works juga ada menganjurkan kursus, bengkel serta seminar yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi pelajaran murid-murid kami. 

Di samping itu, kami juga sering mengadakan program komuniti dalam membantu para pelajar yang memerlukan perhatian dalam pelajaran mereka. Misalnya, kami telah membantu para pelajar di Rumah Anak-Anak Yatim Gurpuri (anak-anak yatim berketurunan Sikh) dan para pelajar dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha di Taman Gombak Permai dengan memberi tuisyen PERCUMA secara berkumpulan di premis mereka. Program ini sebagai tanda sumbangan kami terhadap golongan ini yang sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan. Ini juga mencerminkan kesungguhan kami dalam memastikan golongan seperti mereka juga tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang semakin mencabar. 

Tanpa jasa dan dedikasi kakitangan serta guru-guru kami, semua ini tidak mungkin dapat dilaksanakan. Akhir kata, saya yakin bahawa guru-guru dan juga pelajar-pelajar sendiri telah berusaha keras untuk mencapai kejayaan cemerlang di samping perubahan sikap untuk persediaan menjejakkan kaki ke menara gading kelak. Jika semua pihak meneruskan sikap ini, Insyallah kejayaan pasti milik kita. 

"KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI"

"THANK YOU FOR HELPING STUDENTS SUCCEED"


Pengarah Urusan, 

MOHD IDZUAN ALIAS 
EXCELMIND WORKS 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian.

Cikgu Afifa Daud - 016-2985353 
Cikgu Amila Daud- 017-3511355 
( dari jam 10 pagi hingga jam 7 petang )



Program Komuniti ExcelMind Works bersama Rumah Anak-Anak Yatim Gurpuri di Hulu Kelang (anak-anak yatim berketurunan Sikh) dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha di Taman Gombak Permai.


ExcelMind Works - Mencorak Kecemerlangan Pendidikan


ExcelMind Works telah menerima jemputan daripada Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor untuk menghadiri Seminar "Mencorak Kecemerlangan SPM 2013" bertempat di Auditorium Dato'Abdul Hamid, Batang Kali yang dikendalikan oleh penceramah pendidikan yang terkemuka di Malaysia Encik Osman Affan baru-baru ini.


Koloborasi antara ExcelmindWorks dan Sekolah Seri Utama KL 

Kerjasama Excelmind Works dan Sekolah Sri Utama Kuala Lumpur bermula dari tahun 2010. Excelmind Works mempunyai reputasi yang baik dalam industri perkhidmatan tuisyen ini. Oleh itu, kami telah dipanggil untuk bekerjasama dan membantu pelajar-pelajar SPM di Sekolah Seri Utama supaya mereka berjaya menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. 



Kerjasama ini telah bermula sejak tahun 2010 dan berlangsung hingga ke hari ini. Kami dipanggil untuk memberi perkhidmatan “One-to-one Coaching” kepada pelajar-pelajar mereka yang lemah supaya mereka lulus dan mendapat keputusan CEMERLANG dalam peperiksaan SPM. Tidak terhad dengan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM (National School), Excelmind Works juga dipanggil untuk membantu pelajar-pelajar Antarabangsa di Sekolah Seri Utama (International School). 

Reputasi dan dedikasi daripada guru-guru, kami telah berjaya membuktikan bahawa sistem pengajaran dan pembelajaran kami di Excelmind Works adalah yang terbaik dan mampu menjadikan para pelajar memahami sesuatu subjek dengan lebih baik dan berkesan. 



Tahniah ExcelMind Works!




Apa Kata mereka tentang Excelmind Works?


Kami di Excelmind Works mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelajar kami dan bekas pelajar kami yang sudi memberi pandangan dan menghantar e-mel kepada kami tentang perkhidmatan yang kami sediakan. Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna dari melihat kejayaan anak-anak didik kami mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka. Berikut adalah sebahagian dari mereka yang menghantar e-mel untuk tatapan pembaca.


Nama : Aqmar Nazura binti Roslan
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Sri Bintang Selatan
Level : UPSR dan PMR

Saya amat berpuas hati dengan sistem pembelajaran 'coaching style' atau biasanya dikenali sebagai belajar 'one to one'. Guru yang datang mengajar amat berpengalaman dalam subjek yang diajar. Saya amat berpuas hati apabila saya mendapat 4 A 1 B dalam peperiksaan UPSR dan kini 8 A dalam peperiksaan PMR pada 2010. Terima kasih kepada guru-guru yang peramah dan amat sabar memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini. Terima kasih kepada Puan Ifa, Puan Amy dan En. Idzuan kerana telah membimbing saya hingga berjaya. EXCELMIND WORKS ROCK :-) 

Nama : Anis Sofia binti Roslan 
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Melawati

Assalamualaikum semua. Saya Anis Sofia binti Roslan ingin berkongsi pengalaman saya belajar dengan Excelmind Works. Saya adalah seorang pelajar yang sederhana dalam semua mata pelajaran di sekolah. Saya belajar dengan Cikgu Ifa dan Cikgu Idzuan. Cikgu Ifa mengajar mata pelajaran Science dan Mathematics. Saya mengaku, saya amat lemah dalam mata pelajaran ini. Markah paling tinggi yang pernah saya dapat adalah 50% hingga 60% sebelum saya mulakan tuisyen bersama Excelmind Works.Cikgu Ifa adalah seorang yang cukup berpengalaman dimana beliau membimbing saya hinggalah saya mendapat A dalam kedua-dua subjek ini semasa PMR 2011. Saya amat berterima kasih dengan Cikgu Idzuan yang membantu saya dalam mata pelajaran BM, Sejarah, dan Geografi. Sebelum belajar dengan Cikgu Idzuan saya hanya mampu dapat BM - B, Sejarah - D dan Geografi - D. Beliau amat peramah dan bijak membantu saya sehingga saya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR saya. Sepertimana yang saya katakan saya amat BERPUAS HATI dan berbangga dengan keputusan PMR saya yang diluar jangkaan 7 A 1 B. Saya telah mendapat gred A dalam matapelajaran yang lemah. Saya tak pernah terfikir akan dapat A dalam BM, Sejarah, Geografi, Maths, dan Science. Terima kasih Cikgu Ifa dan Cikgu Idzuan. Terima kasih EXCELMIND WORKS...... You guys are the best!!!


Nama : Jannah
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Melawati 

Assalamualaikum. Nama saya Jannah. Saya dikenalkan dengan Excelmind Works oleh kawan saya Anis Sofia. Saya hanya belajar Sejarah dan Geografi sahaja selama 4 bulan bersama Cikgu Idzuan. Saya tidak pernah dapat keputusan cemerlang dalam kedua-dua matapelajaran ini. Sebelum saya mulakan tuisyen bersama Excelmind Works, saya hanya dapat C atau D untuk Sejarah dan Geografi. Saya tidak pernah meminati Sejarah dan Geografi. Terima kasih kepada Cikgu Idzuan kerana telah merubah pandangan saya terhadap subjek ini. Beliau telah merubah persepsi saya dan telah memupuk minat saya dalam kedua-dua subjek yang sememangnya susah bagi saya. Saya bersyukur kerana telah mendapat 8A dalam PMR 2011. Terima kasih Cikgu Idzuan kerana telah berusaha keras untuk mendidik saya hingga berjaya.  


Nama : Aiman Zafri bin Roslan 
Darjah : 6 
Pelajar Sekolah Menengah Islam Setia Budi, UIA

Assalamualaikum kepada semua para pembaca. Saya telah belajar tuisyen bersama Excelmind Work sejak saya darjah 5 lagi. Ibu saya membuat keputusan untuk menyertai Excelmind Works dan belajar bersama  Cikgu Idzuan, Cikgu Ifa dan Cikgu Amy. Pencapaian saya dalam pelajaran meningkat terutama dalam Bahasa Malaysia, Science dan Mathematics. Semua guru ini telah banyak bersabar dengan saya dan memberi motivasi kepada saya supaya saya rajin belajar. Usaha kami tercapai apabila saya mendapat keputusan cemerlang UPSR 2011 dimana saya mendapat 4A 1B. Saya agak kesal kerana tidak tuisyen Bahasa Inggeris pada ketika itu. Jika tidak, saya amat yakin saya boleh mendapat 5A. Walau bagaimanapun, saya bersyukur dengan keputusan saya ini. Hingga sekarang saya masih lagi bersama mereka dan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR tahun hadapan. Terima kasih cikgu. Excelmind Works is the BEST!!


Nama : Qashirah binti Izlan 
Tingkatan : 3 
Pelajar Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas 

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saya mengenali Excelmind Work melalui seorang kawan bernama Aqmar Nazurah. Setelah melihat perubahan didalam pelajarannya, saya amat berminat untuk berjaya seperti dia. Ibu saya menghubungi Excelmind Works untuk memulakan tuisyen untuk sessi 2010 dimana saya akan menduduki peperiksaan PMR pada ketika itu. Saya hanya belajar Maths, Science, Sejarah dan Bahasa Malaysia. Saya amat berpuas hati kerana dengan tunjuk ajar daripada guru-guru yang berpengalaman menyebabkan saya mendapat 7A 1B dalam peperiksaan PMR . Apa yang penting bagi saya adalah semua subjek yang saya belajar dengan Excelmind Works telah mendapat keputusan CEMERLANG. Saya amat gembira dan bersyukur terhadap Allah SWT bahawa saya telah ditemukan dengan guru yang berpengalaman dan telah membimbing saya untuk mencapai kejayaan saya. Terima kasih cikgu dan terima kasih Excelmind Works.

Nama : Syahirah binti Maidin
Tingkatan : 3 
Pelajar Sekolah Menengah Sri Bintang Utara

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saya amat berterima kasih dan amat bertuah kerana dikenalkan dengan Excelmind Works oleh rakan saya Aqmar Nazurah. Saya amat kagum dengan pencapaian dia dalam pelajarannya. Saya mulakan sesi tuisyen bersama Excelmind Work semasa saya di tingkatan 2. Saya dapati prestasi saya meningkat hinggalah ke peperiksaan PMR pada 2010 dimana saya mendapat 8A pada ketika itu. Kami sekeluarga amat bersyukur dan berterima kasih kepada Aqmar Nazurah kerana telah kenalkan saya dengan Excelmind Works dan mendapat bantuan dari guru-guru yang berpengalaman. Terima kasih cikgu. Tanpamu pasti kejayaan ini tidak akan dapat dikecapi :-) 


Nama: Shazlin binti Maidin 
Tingkatan : 5 
Pelajar Sekolah Menengah Melawati

Assalamualaikum kepada para pembaca. Subjek Mathematics merupakan subjek yang susah bagi saya. Ibu telah nampak peningkatan dalam prestasi adik saya kerana adik merupakan salah seorang pelajar Excelmind Works. Oleh itu, ibu mengambil keputusan untuk saya belajar bersama mereka melalui Cikgu Ifa dalam mata pelajaran Mathematics. Alhamdullilah, saya mendapat A dalam subjek ini yang selama ini saya rasa amat mustahil untuk skor semasa peperiksaan SPM 2011. Terima kasih Excelmind Works. Jasamu akan sentiasa dikenang.

Nama : Reuban Alvin 
Tingkatan : 5 
Pelajar Sekolah Menengah Sentul Utama

Hi everyone. My name is Reuban Alvin. I have been stuying with Exelmind Works for one year before my SPM. I was a weak student in school. I never pass my exams and I always play in class. My life has changed after my mother called Excelmind Works and made arrangements for my studies. I was very upset about the arrangements. I didn't like it at all. I used to give excuses to all my teachers but they never gave up. I studied Maths, Science, BM, Prinsip Akaun, Sejarah and Add Maths with Excelmind Works. As I said, before I started my lessons with them I was always a failure but after I followed the system, I was suprice that I can actually went through my SPM with confidence. My attitute has changed 360 degree towards my studies. I look at the world differently now. I value my family the most. What matter most is that, I am now in University persuing my Degree in Business Administration. I realized the importance of studying. If I didn't follow their system, I don't know where am I now. Thank you to all the teachers that has helped me to go through my SPM successfully in 2011. Miss all of you..... 


Nama : Jeffrey Sinclare Edisson 
Tingkatan : 5 
Pelajar Sekolah Menengah Sentul Utama

I am Jeffrey Sinclare Edisson. I have got to know about Excelmind Works through my cousin Reuban Alvin. My mother decided to call Excelmind Works to help me in my studies. I studied BM, Sejarah, Maths,Science, and Prinsip Akaun. I wasn't doing well in school. My teachers that came and teach me were experience teachers. They have a system to make sure I studied for my SPM exam. My marks increased and I found out that I concerntrate more in class because I began to understand the way of study and my attitude changed towards my studies. I had good results for my SPM 2011. I don't think can do it if I don't get help from Excelmind Works. Thanks you so much. If I didn't do well for my SPM, I wouldn't be in University right now. Thanks again Excelmind Works.


Nama : Philips Ben Stubbings 
Tingkatan : 5 
Pelajar Sekolah Stella Marris 

Hi, I am Ben. I studied Biology with Excelmind Works. I was not good in my Biology subject. I always thought it was difficult but after studying with Excelmind Works from C to B+ for my Biology subject. Thank you teacher for being so patient with me. 



Nama : Axel Jonas 
Tingkatan : 5
Pelajar Sekolah Stella Marris.

Hi, I am Axel Jonas. I studied Biology with Excelmind Works. I studied with Ben and we work hard to get good result. Our Biology teacher has helped us and I had B for my Biology subject. I used to get D for this subject and now I am proud of myself because I went through SPM well. Thank you Excelmind Works.

Apa Kata Mereka tentang Excelmind Works?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai para pelajar yang menghantar e-mel dan komen meeka tentang perkhidmatan kami. Di bawah disertakan beberapa kisah dan pengalaman mereka yang ingin dikongsikan kepada pembaca.

Nama : Farah Anis Azman
Tingkatan: 3
Pelajar Sekolah Menengah Darul Ehsan.

Assalamualaikum kepada semua. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada ibu saya yang bersusah-payah mencari guru untuk mengajar saya di rumah. Saya diajar oleh Excelmind Works. Mereka mempunyai teknik pembelajaran yang berkesan buat saya. Saya telah lulus dengan cemerlang iaitu 8A dalam PMR 2010. Saya amat bersyukur dan terima kasih Excelmind Works yang membuatkan mimpi saya menjadi realiti.



Nama : Raja Mudzamir
Tingkatan : 5
Pelajar Sekolah Menengah Pandan Jaya

Salam semua. Saya Raja Mudzamir yang telah menyertai program tuisyen bersama Excelmind Works. Keputusan saya sebelum memulakan sesi tuisyen bersama Excelmind Works amat teruk. Saya tidak pernah lulus peperiksaan semasa saya di tingkatan 4. Ayah saya membuat keputusan yang bijak untuk menyertai program pembelajaran bersama Excelmind Works. Saya amat bersyukur kerana pandangan saya terhadap pelajaran dan subjek yang susah terutamanya Sains dan Matematik seratus peratus berubah. Saya mula belajar teknik belajar yang betul. Saya tidak menjangkakan apabila keputusan SPM 2011 keluar, saya telah mendapat keputusan yang cemerlang. Kini saya di universiti dan mengambil kursus Architecture. Terima kasih Excelmind Works. You ROCK!!! 


Nama : Syafiqah Syahirah
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Taman Selayang

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saya berterima kasih kepada ibu saya yang memaksa saya dan belajar bersama Excelmind Works dalam "One to One Coaching". Saya belajar 6 subjek teras iaitu Maths, Science, BI, Sejarah, BM, dan Geografi. Sebelum menyertai program, prestasi saya dalam keenam-enam subjek ini amat lemah. Saya hanya boleh mendapat gred C dalam peperiksaan sebelum itu. Selepas saya menyertai Excelmind Works, saya dapati keputusan saya meningkat sedikit demi sedikit.Saya mula yakin dan faham dengan teknik belajar dengan betul. Saya mula mengikut nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan guru-guru. Alhamdullilah saya telah mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2011. Terima kasih Excelmind Works. Saya hargai jasa guru-guru saya.


Nama : Nurul Fatin Amirah Ariffin
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Taman Selayang

Saya Nurul Fatin Amirah dan bersekolah di Sekolah Menengah Taman Selayang. Saya dikelaskan sebagai pelajar yang lemah di sekolah. Kebiasaannya saya akan Gagal atau Lulus sekadar cukup makan sahaja. Setelah saya memulakan sesi pembelajaran bersama Excelmind Works, saya dapati keputusan saya mula meningkat. Saya belajar 6 subjek teras iaitu BM, BI, Maths, Science, Sejarah dan Geografi. Saya mula bersemangat dan mulai faham apa yang saya pelajari. Saya mula menunjukkan perubahan positif dalam pelajaran dan diri saya. Saya amat gembira kerana telah mendapat 4A untuk BM, Maths, Science dan Sejarah juga 2B untuk subjek BI, dan Geografi. Saya rasa ia amat mustahil jika saya tidak belajar dengan bimbingan Excelmind Works. Kejayaan saya adalah keayaan Excelmind Works. Terima kasih kepada guru-guru yang telah membimbing dan sabar dengan saya. Kini saya berjaya berada di kelas Science dan kelas pertama di dalam sekolah :-)


Nama : Arif Naquidin
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Pandan Indah

Saya Ariff Naquidin yang sedang belajar di Universiti Utara Malaysia. Saya adalah pelajar tahun satu. Saya telah belajar bersama Excelmind Works sejak saya sekolah rendah lagi. Saya telah mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR. Saya amat berbangga dengan keputusan saya. Oleh itu saya teruskan pengajian saya bersama Excelmind Works hingga saya menduduki peperiksaan PMR. Saya belajar BM, BI, Maths dan Science. Saya amat bersyukur bahawa saya telah mendapat semua A untuk subjek yang lemah. Saya amat berpuas hati dengan guru yang mengajar saya. Terima kasih Excelmind Works. Saya amat berpuas hati dengan teknik mengajar guru-guru mereka. Tanpa tunjuk ajar dari guru-guru yang berpengalaman, saya tidak akan berjaya.


Nama : Nurin Sofiya Ridzuan
Tingkatan : 1
Pelajar Sekolah Bandar Tasik Permaisuri

Saya Nurin Sofiya Ridzuan. Saya belajar bersama Excelmind Works 3 bulan sebelum UPSR. Keputusan terbaik saya sebelum memulakan pengajian adalah C sahaja. Setelah memulakan pengajian bersama Excelmind Works saya telah mendapat keputusan 3A 2B dalam peperiiksaan UPSR. Saya amat berbangga atas pencapaian saya. Jika saya mula dengan lebih awal, saya akan dapat keputusan dengan lebih cemerlang. Terima Kasih Excelmind Works dan guru-guru yang mengajar saya.


Nama : Wan Aiman Razin
Darjah : 6
Pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 1

Assalamualaikum. Saya amat berbangga dan berpuas hati dengan pencapaian saya dalam peperiksaan UPSR 2012. Saya tak sangka mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR ini. Sesi tuisyen saya bersama Excelmind Works selama setahun membuahkan hasil yang CEMERLANG. Terima kasih ExcelMind Works. 



Nama : Muhammad Danial Harris bin Zulkarnaen 
Darjah : 6 
Pelajar Sekolah Kebangsaan Setiawangsa 

Assalamualaikum semua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik saya sehingga saya berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012. Saya percaya tanpa bantuan dan tunjuk ajar yang diberi oleh guru-guru ExcelMind Works saya tidak akan berjaya mendapat keputusan CEMERLANG. Terima kasih cikgu-cikgu yang sabar mengajar saya dan telah membimbing saya sehingga saya mencapai impian ini.


Nama : Riyadh Ilham bin Rozali 
Darjah : 6 
Pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 2 

Terima kasih kepada Excelmind Works, terutamanya Coach Idzuan kerana berusaha mengajar saya sehingga saya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012. Saya tidak akan dapat keputusan ini jika tiada bantuan dari cikgu. Terima kasih cikgu.




Nama : Atiya Laily Puteri binti Zainudin 
Darjah : 6 
Pelajar Sekolah Islam Adni 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ExcelMind Works yang telah menimbulkan minat belajar ke dalam diri saya. Saya tidak suka akan matapelajaran Mathematics dan Science. Guru yang datang mengajar telah berjaya memupuk minat saya dan sekali gus menyebabkan saya berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012. Terima kasih diatas bantuan yang diberi dan SYABAS Excelmind Works. 



Nama : Aida Kamilia binti Roslan 
Darjah : 6 
Pelajar Sekolah Kebangsaan Melawati

Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Amy dan Cikgu Ifa yang telah datang mengajar saya untuk persediaan UPSR. Alhamdulillah saya telah berjaya mendapat 4A 1B dalam peperiksaan UPSR 2012. Saya juga berterima kasih pada mama saya yang telah memanggil ExcelMind Works untuk membantu saya mengulangkaji mata pelajaran sehingga mendapat kejayaan yang CEMERLANG dalam UPSR. Saya masih lagi bersama Excelmind Works.


Nama : Nur Athirah binti Abdullah
Darjah : 6 
Pelajar Sekolah Kebangsaan Puchong

Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru yang telah mengajar saya. Sebelum saya mula belajar bersama ExcelMind Works, saya dikelaskan sebagai seorang pelajar yang lemah dan kelas tercorot. Saya sentiasa gagal dalam semua matapelajaran saya di sekolah. Keputusan saya amat teruk pada ketika itu. Saya hanya mampu dapat D sahaja. Semangat saya hilang dan fokus saya dalam UPSR juga terganggu. Saya selalu dimarahi oleh guru-guru di sekolah saya. Namun, Alhamdulilah setelah saya mulakan sesi pembelajaran bersama Excelmind Works, keputusan peperiksaan saya mula meningkat. Guru-guru memberikan teknik belajar yang betul untuk pelajar lemah seperti saya. Saya amat gembira kerana saya telah dapat 2A 1B dan 2C dalam peperiksaan UPSR 2012. Saya tidak akan dapat mencapai keputusan tersebut jika saya tidak belajar bersama ExcelMind Works. Saya amat berbangga dengan pencapaian saya. Kini saya masih lagi bersama Excelmind Works dan lebih bersemangat. 

Tahniah Calon PMR dan UPSR 2012 !!!


Pelajar PMR 2012












Pelajar UPSR 2012


Aida Kamilia, Hajar dan Danial telah mendapat sijil penghargaan daripada pihak ExcelMind Works kerana berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR 2012. Tahniah kepada anda semua.


Wan Aiman Razin bin Wan Mazlan telah mendapat sijil penghargaan daripada pihak ExcelMind Works kerana berjaya memperoleh 5A dalam UPSR 2012. Tahniah. 


Nur Athirah binti Abdullah telah mendapat sijil penghargaan daripada pihak ExcelMind Works kerana berjaya memperoleh 2A 2B 1C dalam UPSR 2012. Tahniah.


ExcelMind Works mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada para pelajar yang telah menduduki dan mendapat keputusan UPSR dengan cemerlang. Sesungguhnya kesungguhan anda dalam mencapai apa jua perkara yang anda lakukan tidak mustahil dan mampu untuk direalisasikan. Syabas !!!












Success Tips for Our Students - MUST READ

Here are top 10 Roadblocks to Your Success for UPSR, PMR and SPM 


Success means different things to different people. Success takes time, planning and a strong desire. Success is taking action. Success is setting goals and accomplishing them. Success means reaching your goals even when the going gets tough. 

There will be challenges along the way. Here are 10 potential roadblocks to look out for: 

1. No clear vision - The clearer your vision is of your definition for success, the faster you will achieve it. 

2. Fear of failure - Don't let worry, fear and uncertainty hold you back from reaching your full potential. Eliminate the Bummer Words such as no, never, can't, won't, maybe and if. 

3. Lack of determination - Turn challenges into a problems that need to be overcome. Don't let a challenge become a stopping point on your path to success. 

 4. No action plan - Write a detailed, step-by-step plan of how you will achieve your success. Include a timetable for completion, and place the written strategy where you can read it, every day. 

 5. Change - You will have to make adjustments in your life to focus on reaching the success you want. For example: What current priorities on your time will have to be changed? Are you surrounded by people who can help you succeed? 

6. Negative thinking - Everyone has some self-doubt. However, these two questions will help you. Ask yourself everyday: 1. Did I give my best effort to today's activities? 2. Did I move closer to reaching my goals in? 

7. Lack of enthusiasm - Be the day's cheerleader. All days are good; some are better than others. You will find enthusiasm is contagious; give some to others. 

 8. Procrastination - You can have the best plan in the world, but if you don't take action on it you simply have a dream. Are self-motivated, or do you need external motivation from someone else? Determine which method of motivation works for you. Take action NOW.

9. Making excuses - Take personal responsibility for your success by eliminating excuses. Avoid blaming others for your lack of effort. 

10. Learn from your mistakes - Everyone makes them. Successful people learn extremely valuable life lessons from their mistakes. 

These roadblocks can actually become stepping stones to your success. How? By identifying which ones are holding you back from reaching your goals, and diligently working to eliminate them. This is Your Life! Your Goals! Your Success! YOU ARE A WINNER! YOU DESIGN YOUR OWN SUCCESS! 

Here are some Ideas for you guys to Implement: 

Highlight one potential roadblock and work for one week to turn in into a positive. 

1. Continue the process through the entire list, each week highlighting a new potential roadblock. 

2. Repeat as needed. ExcelMind Works "Massive Action, Massive Results" Try it NOW !!!


10 Steps to Higher Grades

Dreams are your “door opener” to opportunity. The key is turning the dreams into a plan and then taking action on the plan. When used properly dreams are a springboard to your future success.They are your tools for self-exploration and will provide you with ideas, enthusiasm, and determination.

Here’s how to turn your dream of higher grades into positive results:

1. Dreams increases inspiration - Challenge to actively think about getting higher grades.

2. Inspiration increases ambition - Challenge to dedicate yourself to getting them.

3. Ambition increases desire - Dare to ask someone to help you.

4. Desire increases enthusiasm - Dare to think positively about getting higher grades.

5. Enthusiasm increases motivation - Dare to tell others about your excitement.

6. Motivation increases planning - Dare to clearly define your challenge or desire. What grade do you want? Which subject?

7. Planning increase goal setting - Dare to write down your goal, add specific action steps and a completion date.

8. Goal setting increases determination - Confront to move closer to your goal by completing your action steps that move you closer to your goal.

9. Determination increases action - Dare to take positive action on your dreams.

10. Action increases results - Congratulate yourself on a job well done

You are a WINNER!

Make sure your dreams are telling you that on a regular basis.

Suggestions for implementation:

1. If dreams are the door opener to opportunity, then what can you do to ensure your dreams are positive? Discuss your ideas with your family or friends.

2. Finish this statement: My actions today will _______________.

Do it NOW !!!



Para pelajar Excelmind Works - "APA KATA MEREKA?


Pengalaman kami sebagai guru-guru yang mengajar dan mendidik mereka merupakan satu kenangan yang tak mungkin kami lupakan. Perkongsian ilmu dengan mereka menjadikan mereka lebih terbuka dan lebih bersedia dengan cabaran pada masa hadapan. Di sini kami mahu berkongsi dengan anda sebahagian pelajar kami yang pernah dan sedang mengikuti kelas di Excelmind Works.  


Nama : Aimi Zulaikha 

Tingkatan : 3 
Pelajar Sekolah Menengah Sri Bintang Utara


Saya dikenalkan dengan Excelmind Works oleh seorang kawan sekolah saya bernama Qashirah. Saya telah lihat prestasi matapelajaran Science dan Mathematics Qashirah telah meningkat dengan mendadak. Pada mulanya saya amat bencikan Maths. Saya selalu gagal dalam Maths. Oleh kerana ingin berubah dan ingin lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2010, saya telah mengambil keputusan untuk cuba belajar bersama Excelmind Works. Persepsi saya berubah 100% terhadap Mathematics dan Science. Pengajaran dan pembelajaran mereka amat mudah difahami. Bukan sekadar itu, saya juga tahu cara belajar dengan betul. Excelmind Works merubah hidup saya. Saya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR dan kini masih lagi belajar bersama Excelmind Works untuk SPM tahun 2012. Terima kasih kerana telah membentuk kejayaan saya - received via e-mail.


Nama : Farina
Tingkatan : 3 
Pelajar Sekolah Menengah Lembah Keramat

Saya mula belajar bersama Excelmind Works selama setahun. Saya hanya belajar matapelajaran Mathematics dan Science. Setelah setahun belajar bersama Cikgu Ifa, saya amat terkejut apabila saya mendapat keputusan 'A' dalam subjek Mathematics dan Science semasa PMR 2010. Terima kasih Excelmind Works - received via e-mail.  



Nama : Muhamad Izzat bin Ridhuan 
Tingkatan : 3 
Pelajar Sekolah Menengah Darul Ehsan

Assalamualaikum kepada pembaca.Saya amat berbesar hati untuk menulis pengalaman saya bersama Excelmind Works. Saya belajar bersama Excelmind work dan mendapat bantuan dari guru-guru yang berpengalaman untuk membimbing saya sehingga saya mendapat kejayaan yang cemerlang di PMR 2010. Saya telah mendapat 7A 1B dalam peperiksaan PMR. Saya amat berbangga kerana matapelajaran yang saya pelajari bersama Excelmind Works seperti BM, Sejarah, Geografi, Mathematics, dan Science telah mendapat 'A'. Saya bersyukur dengan keputusan cemerlang ini sehingga melayakkan saya ke Maktab Rendah Sains MARA di Bentong, Pahang. Terima kasih Excelmind Works yang telah menjadikan mimpi saya menjadi realiti - received via sms. 



Nama : Qistina 
Tingkatan : 3 
Pelajar Sekolah Menengah Darul Ehsan

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saya adalah pelajar di Excelmind Works. Saya hanya belajar matapelajaran yang penting sahaja seperti Mathematics, Science, Sejarah dan Geografi. Keputusan saya amat teruk dan mengecewakan sebelum belajar bersama Excelmind Works. Saya hanya mendapat C dalam peperiksaan saya untuk mata pelajaran ini. Hidup saya berubah selepas belajar bersama Excelmind Works. Saya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2010. Saya bersyukur kerana telah mendapat keputusan cemerlang semasa menduduki peperiksaan PMR. Kini saya di MRSM Perak dan menduduki peperiksaan SPM tahun 2012. Tanpa usaha bersama, saya tidak akan berada ditempat sekarang ini. Terima kasih Excelmind Works - received via sms. 



Nama : Muhamad Shaufiq 
Tingkatan : 3 
Pelajar Sekolah Menengah Taman Selayang.

Saya Muhamad Shaufiq. Saya menyertai program pembelajaran bersama Excelmind Works dalam masa setahun. Saya belajar BM, Maths, Science, Sejarah, Geografi dan Bahasa Inggeris. Saya amat gembira kerana guru-guru yang datang mengajar saya amat komited, peramah, berpengalaman dan profesional. Saya bersyukur kerana keputusan PMR 2010 saya mendapat 7A 1B dan kini menyambung pengajian di MRSM Melaka. Terima kasih Cikgu Idzuan dan Cikgu Afifa dan tak lupa juga terima kasih Excelmind Works - received via twitter. 



Nama : Shezli Azman 
Tingkatan : 1 
Pelajar Sekolah Sri Bintang Utara.

Saya mengenali Excelmind Works melalui rakan saya, Arif Naquidin. Dia telah memberi nombor untuk ibu saya hubungi. Saya belajar 5 subjek utama dalam UPSR bersama Excelmind Works. Alhamdullilah saya akhirnya mendapat 5 'A' dalam peperiksaan UPSR. Terima kasih Excelmind Works. Jasa mu sentiasa ku kenang - received via facebook messages. 


Nama : Amanda 
Tingkatan : 1
Pelajar Sekolah Sri Bintang Utara 

Saya mengenali Excelmind Works melalui Shezli Azman. Ibu menyuruh saya belajar mengikut sistem yang diperkenalkan oleh Excelmind Works. Saya mengikut pengajiannya selama setahun dan telah mendapat 4A 1B dalam peperiksaan UPSR. Saya amat berbangga dan berpuas hati terhadap keputusan saya. Terima Kasih Excelmind Works - received via sms. 





Nama : Maisarah
Tingkatan : 1 
Pelajar Sekolah Menengah Hill Cress 

Saya belajar bersama Excelmind Works selama setahun untuk bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Saya tidak pernah mendapat 'A' dalam semua matapelajaran saya sebelum ini. Saya amat sedih dengan keputusan peperiksaan saya.  Hidup saya berubah selepas mengikuti pengajian bersama Excelmind Works. Saya mula berminat dalam pelajaran dan mula bersemangat ke sekolah. Hasilnya, saya telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar saya sehingga berjaya - received via sms. 



Nama : Nur Fatin Amri 
Tingkatan : 1
Pelajar Sekolah Sri Gombak 

Assalamualaikum semua. Saya Nur Fatin Amri. Saya telah menyertai sesi pembelajaran bersama Excelmind Works lebih dari 4 tahun sejak dari Darjah 2 lagi. Ibu amat perihatin dengan pencapaian pelajaran saya. Saya amat berbangga kerana dengan usaha yang berterusan saya dan bimbingan daripada guru-guru Excelmind Works, saya telah mendapat 5 'A' dalam peperiksaan UPSR 2010. Sekarang saya masih bersama Excelmind Works. Terima kasih Excelmind Works dan terima kasih kepada guru-guru yang membimbing saya hingga saya berjaya - received via twitter.

Adab Pelajar dengan Guru

Dalam ajaran agama Islam martabat guru adalah amat tinggi. Guru berperanan sebagai pembimbing, pengasuh malah sebagai penasihat. Jika tiada didikan dan asuhan guru maka umat manusia sepanjang masa berada dalam situasi jahiliah lantaran tidak ada ilmu yang boleh dijadikan sebagai panduan dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat memuliakan darjat guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. 

Sebaliknya jika seseorang menderhaka kepada guru bererti ia menderhaka kepada Rasul. Barang siapa yang menderhaka kepada Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh kerana itu, seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab belajar bersama guru.

Adab-adabnya antara lain adalah seperti berikut:

1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru. 
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang. 
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu. 
4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya. 
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru. 
6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru. 
7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu. 
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru. 
9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan 
    bahasa yang baik. 
10.Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.

Wallahualam...

Tips Bakal Calon Peperiksaan

Peperiksaan penting seperti SPM, PMR dan UPSR amat memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Ramai pelajar dan ibubapa bertanyakan kepada kami berkenaan tips-tips hadapi peperiksaan. Bagi tidak menghampakan, disediakan 10 tips hadapi peperiksaan secara umum sebagai persediaan rapi serta memupuk keyakinan tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan. 

Berikut adalah 10 tips dalam menjawab peperiksaan: 

1. Datanglah dengan dokumen dan peralatan yang lengkap. Bawalah semua dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan dan slip pendaftaran peperiksaan. Bersedia juga dengan alatulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam, pemadam, pembaris dan lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2. Tenang dan percayakan diri anda. Ingatkan diri bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik. Mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan doa.

3. Bersantailah tapi berhati-hati.Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk menulis. Duduk dalam keadaan menegak. Jika kerusi dan meja dalam keadaan tidak baik, maklumkan segera kepada petugas sebelum peperiksaan bermula.

4. Fahamkan arahan dan semak semua soalan terlebih dahulu. Luangkan masa untuk fahamkan arahan dan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam. Tanda kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin boleh digunakan sebagai jawapan.

5. Jawab soalan secara strategik. Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah: Soalan paling sukar, Soalan yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya; dan Soalan yang mempunyai markah sedikit. 

6. Semasa menjawab soalan berbentuk aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Mula-mula, abaikan jawapan yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7. Semasa menjawab soalan berbentuk essei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea/point yang akan ditulis. Kemudian susun point itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan. Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10. Analisa jawapan anda. Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan pengalaman kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir. Diharapkan semua pembaca khususnya pelajar dan ibubapa dapat manfaatkan 10 tips yang diberi ini. Selamat Maju Jaya buat semua!!!