e lab

e lab

Adab Pelajar dengan Guru

Dalam ajaran agama Islam martabat guru adalah amat tinggi. Guru berperanan sebagai pembimbing, pengasuh malah sebagai penasihat. Jika tiada didikan dan asuhan guru maka umat manusia sepanjang masa berada dalam situasi jahiliah lantaran tidak ada ilmu yang boleh dijadikan sebagai panduan dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat memuliakan darjat guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. 

Sebaliknya jika seseorang menderhaka kepada guru bererti ia menderhaka kepada Rasul. Barang siapa yang menderhaka kepada Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh kerana itu, seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab belajar bersama guru.

Adab-adabnya antara lain adalah seperti berikut:

1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru. 
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang. 
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu. 
4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya. 
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru. 
6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru. 
7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu. 
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru. 
9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan 
    bahasa yang baik. 
10.Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment