e lab

e lab

Apa Kata Mereka tentang Excelmind Works?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai para pelajar yang menghantar e-mel dan komen meeka tentang perkhidmatan kami. Di bawah disertakan beberapa kisah dan pengalaman mereka yang ingin dikongsikan kepada pembaca.

Nama : Farah Anis Azman
Tingkatan: 3
Pelajar Sekolah Menengah Darul Ehsan.

Assalamualaikum kepada semua. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada ibu saya yang bersusah-payah mencari guru untuk mengajar saya di rumah. Saya diajar oleh Excelmind Works. Mereka mempunyai teknik pembelajaran yang berkesan buat saya. Saya telah lulus dengan cemerlang iaitu 8A dalam PMR 2010. Saya amat bersyukur dan terima kasih Excelmind Works yang membuatkan mimpi saya menjadi realiti.



Nama : Raja Mudzamir
Tingkatan : 5
Pelajar Sekolah Menengah Pandan Jaya

Salam semua. Saya Raja Mudzamir yang telah menyertai program tuisyen bersama Excelmind Works. Keputusan saya sebelum memulakan sesi tuisyen bersama Excelmind Works amat teruk. Saya tidak pernah lulus peperiksaan semasa saya di tingkatan 4. Ayah saya membuat keputusan yang bijak untuk menyertai program pembelajaran bersama Excelmind Works. Saya amat bersyukur kerana pandangan saya terhadap pelajaran dan subjek yang susah terutamanya Sains dan Matematik seratus peratus berubah. Saya mula belajar teknik belajar yang betul. Saya tidak menjangkakan apabila keputusan SPM 2011 keluar, saya telah mendapat keputusan yang cemerlang. Kini saya di universiti dan mengambil kursus Architecture. Terima kasih Excelmind Works. You ROCK!!! 


Nama : Syafiqah Syahirah
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Taman Selayang

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saya berterima kasih kepada ibu saya yang memaksa saya dan belajar bersama Excelmind Works dalam "One to One Coaching". Saya belajar 6 subjek teras iaitu Maths, Science, BI, Sejarah, BM, dan Geografi. Sebelum menyertai program, prestasi saya dalam keenam-enam subjek ini amat lemah. Saya hanya boleh mendapat gred C dalam peperiksaan sebelum itu. Selepas saya menyertai Excelmind Works, saya dapati keputusan saya meningkat sedikit demi sedikit.Saya mula yakin dan faham dengan teknik belajar dengan betul. Saya mula mengikut nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan guru-guru. Alhamdullilah saya telah mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2011. Terima kasih Excelmind Works. Saya hargai jasa guru-guru saya.


Nama : Nurul Fatin Amirah Ariffin
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Taman Selayang

Saya Nurul Fatin Amirah dan bersekolah di Sekolah Menengah Taman Selayang. Saya dikelaskan sebagai pelajar yang lemah di sekolah. Kebiasaannya saya akan Gagal atau Lulus sekadar cukup makan sahaja. Setelah saya memulakan sesi pembelajaran bersama Excelmind Works, saya dapati keputusan saya mula meningkat. Saya belajar 6 subjek teras iaitu BM, BI, Maths, Science, Sejarah dan Geografi. Saya mula bersemangat dan mulai faham apa yang saya pelajari. Saya mula menunjukkan perubahan positif dalam pelajaran dan diri saya. Saya amat gembira kerana telah mendapat 4A untuk BM, Maths, Science dan Sejarah juga 2B untuk subjek BI, dan Geografi. Saya rasa ia amat mustahil jika saya tidak belajar dengan bimbingan Excelmind Works. Kejayaan saya adalah keayaan Excelmind Works. Terima kasih kepada guru-guru yang telah membimbing dan sabar dengan saya. Kini saya berjaya berada di kelas Science dan kelas pertama di dalam sekolah :-)


Nama : Arif Naquidin
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Pandan Indah

Saya Ariff Naquidin yang sedang belajar di Universiti Utara Malaysia. Saya adalah pelajar tahun satu. Saya telah belajar bersama Excelmind Works sejak saya sekolah rendah lagi. Saya telah mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR. Saya amat berbangga dengan keputusan saya. Oleh itu saya teruskan pengajian saya bersama Excelmind Works hingga saya menduduki peperiksaan PMR. Saya belajar BM, BI, Maths dan Science. Saya amat bersyukur bahawa saya telah mendapat semua A untuk subjek yang lemah. Saya amat berpuas hati dengan guru yang mengajar saya. Terima kasih Excelmind Works. Saya amat berpuas hati dengan teknik mengajar guru-guru mereka. Tanpa tunjuk ajar dari guru-guru yang berpengalaman, saya tidak akan berjaya.


Nama : Nurin Sofiya Ridzuan
Tingkatan : 1
Pelajar Sekolah Bandar Tasik Permaisuri

Saya Nurin Sofiya Ridzuan. Saya belajar bersama Excelmind Works 3 bulan sebelum UPSR. Keputusan terbaik saya sebelum memulakan pengajian adalah C sahaja. Setelah memulakan pengajian bersama Excelmind Works saya telah mendapat keputusan 3A 2B dalam peperiiksaan UPSR. Saya amat berbangga atas pencapaian saya. Jika saya mula dengan lebih awal, saya akan dapat keputusan dengan lebih cemerlang. Terima Kasih Excelmind Works dan guru-guru yang mengajar saya.


Nama : Wan Aiman Razin
Darjah : 6
Pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 1

Assalamualaikum. Saya amat berbangga dan berpuas hati dengan pencapaian saya dalam peperiksaan UPSR 2012. Saya tak sangka mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR ini. Sesi tuisyen saya bersama Excelmind Works selama setahun membuahkan hasil yang CEMERLANG. Terima kasih ExcelMind Works. 



Nama : Muhammad Danial Harris bin Zulkarnaen 
Darjah : 6 
Pelajar Sekolah Kebangsaan Setiawangsa 

Assalamualaikum semua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik saya sehingga saya berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012. Saya percaya tanpa bantuan dan tunjuk ajar yang diberi oleh guru-guru ExcelMind Works saya tidak akan berjaya mendapat keputusan CEMERLANG. Terima kasih cikgu-cikgu yang sabar mengajar saya dan telah membimbing saya sehingga saya mencapai impian ini.


Nama : Riyadh Ilham bin Rozali 
Darjah : 6 
Pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 2 

Terima kasih kepada Excelmind Works, terutamanya Coach Idzuan kerana berusaha mengajar saya sehingga saya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012. Saya tidak akan dapat keputusan ini jika tiada bantuan dari cikgu. Terima kasih cikgu.




Nama : Atiya Laily Puteri binti Zainudin 
Darjah : 6 
Pelajar Sekolah Islam Adni 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ExcelMind Works yang telah menimbulkan minat belajar ke dalam diri saya. Saya tidak suka akan matapelajaran Mathematics dan Science. Guru yang datang mengajar telah berjaya memupuk minat saya dan sekali gus menyebabkan saya berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012. Terima kasih diatas bantuan yang diberi dan SYABAS Excelmind Works. 



Nama : Aida Kamilia binti Roslan 
Darjah : 6 
Pelajar Sekolah Kebangsaan Melawati

Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Amy dan Cikgu Ifa yang telah datang mengajar saya untuk persediaan UPSR. Alhamdulillah saya telah berjaya mendapat 4A 1B dalam peperiksaan UPSR 2012. Saya juga berterima kasih pada mama saya yang telah memanggil ExcelMind Works untuk membantu saya mengulangkaji mata pelajaran sehingga mendapat kejayaan yang CEMERLANG dalam UPSR. Saya masih lagi bersama Excelmind Works.


Nama : Nur Athirah binti Abdullah
Darjah : 6 
Pelajar Sekolah Kebangsaan Puchong

Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru yang telah mengajar saya. Sebelum saya mula belajar bersama ExcelMind Works, saya dikelaskan sebagai seorang pelajar yang lemah dan kelas tercorot. Saya sentiasa gagal dalam semua matapelajaran saya di sekolah. Keputusan saya amat teruk pada ketika itu. Saya hanya mampu dapat D sahaja. Semangat saya hilang dan fokus saya dalam UPSR juga terganggu. Saya selalu dimarahi oleh guru-guru di sekolah saya. Namun, Alhamdulilah setelah saya mulakan sesi pembelajaran bersama Excelmind Works, keputusan peperiksaan saya mula meningkat. Guru-guru memberikan teknik belajar yang betul untuk pelajar lemah seperti saya. Saya amat gembira kerana saya telah dapat 2A 1B dan 2C dalam peperiksaan UPSR 2012. Saya tidak akan dapat mencapai keputusan tersebut jika saya tidak belajar bersama ExcelMind Works. Saya amat berbangga dengan pencapaian saya. Kini saya masih lagi bersama Excelmind Works dan lebih bersemangat. 

No comments:

Post a Comment