ExcelMind Works telah menerima jemputan daripada Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor untuk menghadiri Seminar "Mencorak Kecemerlangan SPM 2013" bertempat di Auditorium Dato'Abdul Hamid, Batang Kali yang dikendalikan oleh penceramah pendidikan yang terkemuka di Malaysia Encik Osman Affan baru-baru ini.
Koloborasi antara ExcelmindWorks dan Sekolah Seri Utama KL
Kerjasama Excelmind Works dan Sekolah Sri Utama Kuala Lumpur bermula dari tahun 2010. Excelmind Works mempunyai reputasi yang baik dalam industri perkhidmatan tuisyen ini. Oleh itu, kami telah dipanggil untuk bekerjasama dan membantu pelajar-pelajar SPM di Sekolah Seri Utama supaya mereka berjaya menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.Kerjasama ini telah bermula sejak tahun 2010 dan berlangsung hingga ke hari ini. Kami dipanggil untuk memberi perkhidmatan “One-to-one Coaching” kepada pelajar-pelajar mereka yang lemah supaya mereka lulus dan mendapat keputusan CEMERLANG dalam peperiksaan SPM. Tidak terhad dengan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM (National School), Excelmind Works juga dipanggil untuk membantu pelajar-pelajar Antarabangsa di Sekolah Seri Utama (International School).
Reputasi dan dedikasi daripada guru-guru, kami telah berjaya membuktikan bahawa sistem pengajaran dan pembelajaran kami di Excelmind Works adalah yang terbaik dan mampu menjadikan para pelajar memahami sesuatu subjek dengan lebih baik dan berkesan.
Tahniah ExcelMind Works!
Apa Kata mereka tentang Excelmind Works?
Kami di Excelmind Works mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelajar kami dan bekas pelajar kami yang sudi memberi pandangan dan menghantar e-mel kepada kami tentang perkhidmatan yang kami sediakan. Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna dari melihat kejayaan anak-anak didik kami mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka. Berikut adalah sebahagian dari mereka yang menghantar e-mel untuk tatapan pembaca.
Nama : Aqmar Nazura binti Roslan
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Sri Bintang Selatan
Level : UPSR dan PMR
Saya amat berpuas hati dengan sistem pembelajaran 'coaching style' atau biasanya dikenali sebagai belajar 'one to one'. Guru yang datang mengajar amat berpengalaman dalam subjek yang diajar. Saya amat berpuas hati apabila saya mendapat 4 A 1 B dalam peperiksaan UPSR dan kini 8 A dalam peperiksaan PMR pada 2010. Terima kasih kepada guru-guru yang peramah dan amat sabar memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini. Terima kasih kepada Puan Ifa, Puan Amy dan En. Idzuan kerana telah membimbing saya hingga berjaya. EXCELMIND WORKS ROCK :-)
Nama : Anis Sofia binti Roslan
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Melawati
Assalamualaikum semua. Saya Anis Sofia binti Roslan ingin berkongsi pengalaman saya belajar dengan Excelmind Works. Saya adalah seorang pelajar yang sederhana dalam semua mata pelajaran di sekolah. Saya belajar dengan Cikgu Ifa dan Cikgu Idzuan. Cikgu Ifa mengajar mata pelajaran Science dan Mathematics. Saya mengaku, saya amat lemah dalam mata pelajaran ini. Markah paling tinggi yang pernah saya dapat adalah 50% hingga 60% sebelum saya mulakan tuisyen bersama Excelmind Works.Cikgu Ifa adalah seorang yang cukup berpengalaman dimana beliau membimbing saya hinggalah saya mendapat A dalam kedua-dua subjek ini semasa PMR 2011.
Saya amat berterima kasih dengan Cikgu Idzuan yang membantu saya dalam mata pelajaran BM, Sejarah, dan Geografi. Sebelum belajar dengan Cikgu Idzuan saya hanya mampu dapat BM - B, Sejarah - D dan Geografi - D. Beliau amat peramah dan bijak membantu saya sehingga saya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR saya.
Sepertimana yang saya katakan saya amat BERPUAS HATI dan berbangga dengan keputusan PMR saya yang diluar jangkaan 7 A 1 B. Saya telah mendapat gred A dalam matapelajaran yang lemah. Saya tak pernah terfikir akan dapat A dalam BM, Sejarah, Geografi, Maths, dan Science.
Terima kasih Cikgu Ifa dan Cikgu Idzuan. Terima kasih EXCELMIND WORKS...... You guys are the best!!!
Nama : Jannah
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Melawati
Assalamualaikum. Nama saya Jannah. Saya dikenalkan dengan Excelmind Works oleh kawan saya Anis Sofia. Saya hanya belajar Sejarah dan Geografi sahaja selama 4 bulan bersama Cikgu Idzuan. Saya tidak pernah dapat keputusan cemerlang dalam kedua-dua matapelajaran ini. Sebelum saya mulakan tuisyen bersama Excelmind Works, saya hanya dapat C atau D untuk Sejarah dan Geografi. Saya tidak pernah meminati Sejarah dan Geografi.
Terima kasih kepada Cikgu Idzuan kerana telah merubah pandangan saya terhadap subjek ini. Beliau telah merubah persepsi saya dan telah memupuk minat saya dalam kedua-dua subjek yang sememangnya susah bagi saya. Saya bersyukur kerana telah mendapat 8A dalam PMR 2011. Terima kasih Cikgu Idzuan kerana telah berusaha keras untuk mendidik saya hingga berjaya.
Nama : Aiman Zafri bin Roslan
Darjah : 6
Pelajar Sekolah Menengah Islam Setia Budi, UIA
Assalamualaikum kepada semua para pembaca. Saya telah belajar tuisyen bersama Excelmind Work sejak saya darjah 5 lagi. Ibu saya membuat keputusan untuk menyertai Excelmind Works dan belajar bersama Cikgu Idzuan, Cikgu Ifa dan Cikgu Amy. Pencapaian saya dalam pelajaran meningkat terutama dalam Bahasa Malaysia, Science dan Mathematics. Semua guru ini telah banyak bersabar dengan saya dan memberi motivasi kepada saya supaya saya rajin belajar.
Usaha kami tercapai apabila saya mendapat keputusan cemerlang UPSR 2011 dimana saya mendapat 4A 1B. Saya agak kesal kerana tidak tuisyen Bahasa Inggeris pada ketika itu. Jika tidak, saya amat yakin saya boleh mendapat 5A. Walau bagaimanapun, saya bersyukur dengan keputusan saya ini. Hingga sekarang saya masih lagi bersama mereka dan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR tahun hadapan. Terima kasih cikgu. Excelmind Works is the BEST!!
Nama : Qashirah binti Izlan
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saya mengenali Excelmind Work melalui seorang kawan bernama Aqmar Nazurah. Setelah melihat perubahan didalam pelajarannya, saya amat berminat untuk berjaya seperti dia. Ibu saya menghubungi Excelmind Works untuk memulakan tuisyen untuk sessi 2010 dimana saya akan menduduki peperiksaan PMR pada ketika itu. Saya hanya belajar Maths, Science, Sejarah dan Bahasa Malaysia.
Saya amat berpuas hati kerana dengan tunjuk ajar daripada guru-guru yang berpengalaman menyebabkan saya mendapat 7A 1B dalam peperiksaan PMR . Apa yang penting bagi saya adalah semua subjek yang saya belajar dengan Excelmind Works telah mendapat keputusan CEMERLANG. Saya amat gembira dan bersyukur terhadap Allah SWT bahawa saya telah ditemukan dengan guru yang berpengalaman dan telah membimbing saya untuk mencapai kejayaan saya. Terima kasih cikgu dan terima kasih Excelmind Works.
Nama : Syahirah binti Maidin
Tingkatan : 3
Pelajar Sekolah Menengah Sri Bintang Utara
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saya amat berterima kasih dan amat bertuah kerana dikenalkan dengan Excelmind Works oleh rakan saya Aqmar Nazurah. Saya amat kagum dengan pencapaian dia dalam pelajarannya. Saya mulakan sesi tuisyen bersama Excelmind Work semasa saya di tingkatan 2. Saya dapati prestasi saya meningkat hinggalah ke peperiksaan PMR pada 2010 dimana saya mendapat 8A pada ketika itu.
Kami sekeluarga amat bersyukur dan berterima kasih kepada Aqmar Nazurah kerana telah kenalkan saya dengan Excelmind Works dan mendapat bantuan dari guru-guru yang berpengalaman. Terima kasih cikgu. Tanpamu pasti kejayaan ini tidak akan dapat dikecapi :-)
Nama: Shazlin binti Maidin
Tingkatan : 5
Pelajar Sekolah Menengah Melawati
Assalamualaikum kepada para pembaca. Subjek Mathematics merupakan subjek yang susah bagi saya. Ibu telah nampak peningkatan dalam prestasi adik saya kerana adik merupakan salah seorang pelajar Excelmind Works. Oleh itu, ibu mengambil keputusan untuk saya belajar bersama mereka melalui Cikgu Ifa dalam mata pelajaran Mathematics. Alhamdullilah, saya mendapat A dalam subjek ini yang selama ini saya rasa amat mustahil untuk skor semasa peperiksaan SPM 2011. Terima kasih Excelmind Works. Jasamu akan sentiasa dikenang.
Nama : Reuban Alvin
Tingkatan : 5
Pelajar Sekolah Menengah Sentul Utama
Hi everyone. My name is Reuban Alvin. I have been stuying with Exelmind Works for one year before my SPM. I was a weak student in school. I never pass my exams and I always play in class. My life has changed after my mother called Excelmind Works and made arrangements for my studies. I was very upset about the arrangements. I didn't like it at all. I used to give excuses to all my teachers but they never gave up.
I studied Maths, Science, BM, Prinsip Akaun, Sejarah and Add Maths with Excelmind Works. As I said, before I started my lessons with them I was always a failure but after I followed the system, I was suprice that I can actually went through my SPM with confidence. My attitute has changed 360 degree towards my studies. I look at the world differently now. I value my family the most. What matter most is that, I am now in University persuing my Degree in Business Administration. I realized the importance of studying. If I didn't follow their system, I don't know where am I now. Thank you to all the teachers that has helped me to go through my SPM successfully in 2011. Miss all of you.....
Nama : Jeffrey Sinclare Edisson
Tingkatan : 5
Pelajar Sekolah Menengah Sentul Utama
I am Jeffrey Sinclare Edisson. I have got to know about Excelmind Works through my cousin Reuban Alvin. My mother decided to call Excelmind Works to help me in my studies. I studied BM, Sejarah, Maths,Science, and Prinsip Akaun. I wasn't doing well in school. My teachers that came and teach me were experience teachers. They have a system to make sure I studied for my SPM exam. My marks increased and I found out that I concerntrate more in class because I began to understand the way of study and my attitude changed towards my studies. I had good results for my SPM 2011. I don't think can do it if I don't get help from Excelmind Works. Thanks you so much. If I didn't do well for my SPM, I wouldn't be in University right now. Thanks again Excelmind Works.
Nama : Philips Ben Stubbings
Tingkatan : 5
Pelajar Sekolah Stella Marris
Hi, I am Ben. I studied Biology with Excelmind Works. I was not good in my Biology subject. I always thought it was difficult but after studying with Excelmind Works from C to B+ for my Biology subject. Thank you teacher for being so patient with me.
Nama : Axel Jonas
Tingkatan : 5
Pelajar Sekolah Stella Marris.
Hi, I am Axel Jonas. I studied Biology with Excelmind Works. I studied with Ben and we work hard to get good result. Our Biology teacher has helped us and I had B for my Biology subject. I used to get D for this subject and now I am proud of myself because I went through SPM well. Thank you Excelmind Works.
No comments:
Post a Comment