Setiap hubungan pasti ada masa gembira dan sedih. Untuk memastikan hubungan anda sentiasa kukuh dan kekal, anda perlu bertindak. Kadangkala kita boleh rasa bahawa hubungan kita dan pasangan kita semakin merudum. Jangan biarkan perasaan itu terus menghantui kita. Berikut saya senaraikan 10 cara untuk memastikan hubungan anda berjaya.
Beritahu apa yang anda inginkan pada pasangan anda
Pasangan anda bukannya tuhan yang tahu apa yang anda fikirkan. Anda perlu beritahu padanya impian anda dalam hubungan anda. Jadi, pasangan anda tahu apa yang anda inginkan dan mereka akan memberi kerjasama. Jangan pendam impian anda di dalam hati.
Bersikap jujur
Sentiasa jujur dengan teman anda. Walaupun pahit, anda perlu jujur dan sentiasa mengamalkan sikap tolenrasi. Sekali anda berbohong, anda akan terus membohong. Membohong ini pula adalah penyakit berjangkit. Jika anda membohong, pasangan anda juga boleh bohong pada anda . Jadi, sentiasa bersikap jujur dengan pasangan anda.
Belajar memujuk
Untuk menyemarakkan perasaan cinta, anda perlu sentiasa memujuk pasangan anda. Memujuk bukanlah ketika pasangan anda merajuk tetapi memujuk bermaksud sentiasa mengambil berat. Bila pasangan anda berjaya, anda terus beri galakan dan nasihat berguna. Bila pasangan anda sedih, anda perlu sentiasa memberi kata – kata perangsang.
Letakkan hubungan anda pasa satu idea
Jika anda memulakan hubungan dengan niat hendak berkahwin, hubungan anda akan lebih teratur. Jika anda memulakan hubungan anda tanpa ada sebab yang khusus, anda akan bingung dan akhirnya hubungan anda akan terkubur begitu sahaja.
Bekerjasama dengan pasangan anda
Jika pasangan anda ada masalah, anda ajak dia untuk bersama – sama menyelesaikan masalah dia. Jika anda ada aktiviti yang menarik, anda boleh ajak pasangan anda untuk melakukan bersama – sama. Sentiasa berkongsi semua tindakan anda bersama – sama dengan pasangan anda.
Kenal pasangan anda dengan lebih rapat lagi
Tak kenal maka tak cinta. Jangan hanya kenal nama sahaja, anda perlu tahu semua sifat pasangan anda. Tetapi ingat, jangan terlalu menyibuk dalam urusan pasangan anda. Anda hanya ambil tahu sahaja. Ini untuk memberi keselesaan pada pasangan anda. Ini kerana kadangkala pasangan anda takut anda tidka dapat menerima dia sebagai pasangan anda apabila mengetahu beberapa sifatnya.
Terima pasangan anda seadanya dan hubungan anda akan berkekalan.
Serius terhadap hubungan anda
Jika anda mahu hubungan anda berkekalan, anda perlu serius. Jika anda tidak serius, hubungan anda tidak akan kekal. Serius bermaksud anda perlu maklumkan pada orang bahawa anda sudah berpunya dan ia adalah tindakan serius yang anda perlu lakukan.
Mencuba sesuatu yang baru
Sentiasa cuba sesuatu yang baru dengan pasangan anda. Jangan hanya keluar bersama untuk menonton wayang sahaja. Cuba sesuatu yang berbeza seperti melancong bersama atau melawat tempat bersejarah. Lakukan sesuatu yang agak baru bagi anda bedua.
Sentiasa ingat mengenai perkara istimewa pasangan anda
Apa sahaja perkara yang istimewa mengenai pasangan anda, anda perlu ambil tahu. Pasangan anda akan lebih menghargai anda jika anda ingat perkara istimewa dirinya seperti tarikh hari jadi, peristiwa istimewa dan perkara istimewa yang terjadi pada ahli keluarga dan rakan baiknya.
Abaikan nasihat orang lain
Ini adalah hubungan anda dan hanya anda yang tahu bagaimana ia akan berakhir. Jika anda mendengar apa yang orang katakan, anda akan keliru terhadap hubungan anda sendiri. Jika ada apa – apa sengketa anda perlu berhadapan dengan pasangan anda.
No comments:
Post a Comment