e lab

e lab

Para pelajar Excelmind Works - "APA KATA MEREKA?


Pengalaman kami sebagai guru-guru yang mengajar dan mendidik mereka merupakan satu kenangan yang tak mungkin kami lupakan. Perkongsian ilmu dengan mereka menjadikan mereka lebih terbuka dan lebih bersedia dengan cabaran pada masa hadapan. Di sini kami mahu berkongsi dengan anda sebahagian pelajar kami yang pernah dan sedang mengikuti kelas di Excelmind Works.  


Nama : Aimi Zulaikha 

Tingkatan : 3 
Pelajar Sekolah Menengah Sri Bintang Utara


Saya dikenalkan dengan Excelmind Works oleh seorang kawan sekolah saya bernama Qashirah. Saya telah lihat prestasi matapelajaran Science dan Mathematics Qashirah telah meningkat dengan mendadak. Pada mulanya saya amat bencikan Maths. Saya selalu gagal dalam Maths. Oleh kerana ingin berubah dan ingin lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2010, saya telah mengambil keputusan untuk cuba belajar bersama Excelmind Works. Persepsi saya berubah 100% terhadap Mathematics dan Science. Pengajaran dan pembelajaran mereka amat mudah difahami. Bukan sekadar itu, saya juga tahu cara belajar dengan betul. Excelmind Works merubah hidup saya. Saya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR dan kini masih lagi belajar bersama Excelmind Works untuk SPM tahun 2012. Terima kasih kerana telah membentuk kejayaan saya - received via e-mail.


Nama : Farina
Tingkatan : 3 
Pelajar Sekolah Menengah Lembah Keramat

Saya mula belajar bersama Excelmind Works selama setahun. Saya hanya belajar matapelajaran Mathematics dan Science. Setelah setahun belajar bersama Cikgu Ifa, saya amat terkejut apabila saya mendapat keputusan 'A' dalam subjek Mathematics dan Science semasa PMR 2010. Terima kasih Excelmind Works - received via e-mail.  



Nama : Muhamad Izzat bin Ridhuan 
Tingkatan : 3 
Pelajar Sekolah Menengah Darul Ehsan

Assalamualaikum kepada pembaca.Saya amat berbesar hati untuk menulis pengalaman saya bersama Excelmind Works. Saya belajar bersama Excelmind work dan mendapat bantuan dari guru-guru yang berpengalaman untuk membimbing saya sehingga saya mendapat kejayaan yang cemerlang di PMR 2010. Saya telah mendapat 7A 1B dalam peperiksaan PMR. Saya amat berbangga kerana matapelajaran yang saya pelajari bersama Excelmind Works seperti BM, Sejarah, Geografi, Mathematics, dan Science telah mendapat 'A'. Saya bersyukur dengan keputusan cemerlang ini sehingga melayakkan saya ke Maktab Rendah Sains MARA di Bentong, Pahang. Terima kasih Excelmind Works yang telah menjadikan mimpi saya menjadi realiti - received via sms. 



Nama : Qistina 
Tingkatan : 3 
Pelajar Sekolah Menengah Darul Ehsan

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saya adalah pelajar di Excelmind Works. Saya hanya belajar matapelajaran yang penting sahaja seperti Mathematics, Science, Sejarah dan Geografi. Keputusan saya amat teruk dan mengecewakan sebelum belajar bersama Excelmind Works. Saya hanya mendapat C dalam peperiksaan saya untuk mata pelajaran ini. Hidup saya berubah selepas belajar bersama Excelmind Works. Saya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2010. Saya bersyukur kerana telah mendapat keputusan cemerlang semasa menduduki peperiksaan PMR. Kini saya di MRSM Perak dan menduduki peperiksaan SPM tahun 2012. Tanpa usaha bersama, saya tidak akan berada ditempat sekarang ini. Terima kasih Excelmind Works - received via sms. 



Nama : Muhamad Shaufiq 
Tingkatan : 3 
Pelajar Sekolah Menengah Taman Selayang.

Saya Muhamad Shaufiq. Saya menyertai program pembelajaran bersama Excelmind Works dalam masa setahun. Saya belajar BM, Maths, Science, Sejarah, Geografi dan Bahasa Inggeris. Saya amat gembira kerana guru-guru yang datang mengajar saya amat komited, peramah, berpengalaman dan profesional. Saya bersyukur kerana keputusan PMR 2010 saya mendapat 7A 1B dan kini menyambung pengajian di MRSM Melaka. Terima kasih Cikgu Idzuan dan Cikgu Afifa dan tak lupa juga terima kasih Excelmind Works - received via twitter. 



Nama : Shezli Azman 
Tingkatan : 1 
Pelajar Sekolah Sri Bintang Utara.

Saya mengenali Excelmind Works melalui rakan saya, Arif Naquidin. Dia telah memberi nombor untuk ibu saya hubungi. Saya belajar 5 subjek utama dalam UPSR bersama Excelmind Works. Alhamdullilah saya akhirnya mendapat 5 'A' dalam peperiksaan UPSR. Terima kasih Excelmind Works. Jasa mu sentiasa ku kenang - received via facebook messages. 


Nama : Amanda 
Tingkatan : 1
Pelajar Sekolah Sri Bintang Utara 

Saya mengenali Excelmind Works melalui Shezli Azman. Ibu menyuruh saya belajar mengikut sistem yang diperkenalkan oleh Excelmind Works. Saya mengikut pengajiannya selama setahun dan telah mendapat 4A 1B dalam peperiksaan UPSR. Saya amat berbangga dan berpuas hati terhadap keputusan saya. Terima Kasih Excelmind Works - received via sms. 





Nama : Maisarah
Tingkatan : 1 
Pelajar Sekolah Menengah Hill Cress 

Saya belajar bersama Excelmind Works selama setahun untuk bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Saya tidak pernah mendapat 'A' dalam semua matapelajaran saya sebelum ini. Saya amat sedih dengan keputusan peperiksaan saya.  Hidup saya berubah selepas mengikuti pengajian bersama Excelmind Works. Saya mula berminat dalam pelajaran dan mula bersemangat ke sekolah. Hasilnya, saya telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar saya sehingga berjaya - received via sms. 



Nama : Nur Fatin Amri 
Tingkatan : 1
Pelajar Sekolah Sri Gombak 

Assalamualaikum semua. Saya Nur Fatin Amri. Saya telah menyertai sesi pembelajaran bersama Excelmind Works lebih dari 4 tahun sejak dari Darjah 2 lagi. Ibu amat perihatin dengan pencapaian pelajaran saya. Saya amat berbangga kerana dengan usaha yang berterusan saya dan bimbingan daripada guru-guru Excelmind Works, saya telah mendapat 5 'A' dalam peperiksaan UPSR 2010. Sekarang saya masih bersama Excelmind Works. Terima kasih Excelmind Works dan terima kasih kepada guru-guru yang membimbing saya hingga saya berjaya - received via twitter.

No comments:

Post a Comment